About Me

Lead a simple life with a complicated mind. Thank you for being part of my life by reading my stories.

Sunday, September 25, 2011

A place that is not yours

Assalamualaikum


Mengapa manusia selalu mengeluh? Tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara? Perkara ini sering berlaku apabila seseorang itu berada di luar 'zon selesa' mereka. 

Contohnya: Selama ini saya tidak pernah berjauhan dengan keluarga, jadi sekarang tibalah masanya untuk saya meninggalkan rumah dan mula berdikari. Bukan sekadar perlu keluar dari rumah yang telah saya huni selama 20 tahun itu, bahkan juga inilah pertama kalinya saya perlu menjejakkan kaki ke tanah yang asing.

Apabila ini terjadi sudah pastinya kita akan merasa tertekan, keliru, teruja dan pelbagai perasaan yang bercampur baur. Tapi sedarkah kita yang semua perasaan itu wujud kerana kita terpaksa melangkah keluar dari zon selesa kita. Jadi persoalan yang seterusnya, dimanakah sempadan zon selesa itu? Dan siapa, dimana dan bagaimanakah zon itu diwujudkan?Jawapannya terletak pada diri dan persekitaran yang kita diami. 

Berbalik kepada contoh yang saya utarakan sebentar tadi, apabila saya, dalam cerita diatas terpaksa keluar dari zon selesa saya maka banyak perasaan yang bercampur aduk dalam fikiran dan jiwa saya. Apabila saya tiba di persekitaran baru tersebut, sudah pastinya saya akan membandingkan diri dan keadaan saya sekiranya saya masih berada di rumah. Di situ pastinya telah wujud satu situasi banding dan membandingkan. Apabila ini terjadi, saya pasti tidak akan merasa  selesa, perasaan sedih, homesick, dan macam-macam perasaan akan wujud yang akan mengakibatkan tekanan secara tak langsung kepada diri saya. Saya akan mula mengiyakan pepatah melayu "hujang emas di negeri orang hujan batu dinegeri sendiri". Tapi apa yang tidak saya sedari sebenarnya, apabila saya keluar dari zon selesa tersebut, saya telah melangkah ke satu fasa hidup yang baru. Di mana cabaran sebenar untuk membina zon selesa itu bermula dengan diri saya sendiri. Berikan saya masa, Insha Allah, saya akan mula mengenali persekitaran saya Dan perlahan-lahan, tanpa saya sedari saya akan membina sempadan baru untuk mencari zon selesa saya.

Nahhh inilah yang cuba saya maksudkan. Zon selesa yang akan dibina dan yang terbina itu muncul akibat daripada satu faktor yang dinamakan adaptasi. Namun, yang menentukan cepat atau lambat zon itu dibina bergantung kepada diri kita sendiri. Pelbagai halangan akan muncul apabila kita cuba hendak membina zon tersebut. Dan kita juga akan mempersoalkan kenapa orang lain suka, saya tak suka. Dan kalau kita bandingkan panjang waktu yang telah mereka habiskan untuk membina zon tersebut, barulah kita akan faham. Jadi, tak perlulah kita nak merungut dan menegeluh kerana perubahan yang berlaku dalam hidup kita merupakan cabaran yang perlu kita tempuh. Cabaran ini seolah-olah merupakan 'assignment' yang dieberikan oleh Allah swt ke atas kita. Untuk melihat selama manakah yang kita ambil untuk menyelesaikannya. Cabaran yang paling besar adalah untuk mebuang segala halangan (blockage) yang ada dan wujudkan satu toleransi atau tolak ansur supaya adaptasi akan mudah berlaku dan zon selesa kita akan cepat dibina. Ini amat penting kerana kita tidak mahu akibat yang ditanggung daripada perasaan ketidak selesaan itu berpanjangan dan menjejaskan diri kita dan orang sekeliling kita.
Wallahua'lam.