About Me

Lead a simple life with a complicated mind. Thank you for being part of my life by reading my stories.

Monday, January 27, 2014

Keropok Lekor Kelantan

Assalamualaikum

This post is in Bahasa Melayu

Saya ingin berkongsi di sini resepi keropok lekor dan cara-caranya yang telah saya letak di facebook saya. Supaya saya boleh rujuk semula pada masa hadapan.

Saya menulis entry ini untuk berkongsi suka duka menyediakan keropok lekor di bumi melbourne ini. hehe..
Sebenarnya sudah beberapa kali saya buat keropok lekor. Ini kali je berapa, saya tak ingat. heh.
Ada beberapa request suruh saya buat and jual, tapi saya tak mahu. Bukan apa, nak buat benda ni lama. Penat. and berapa pulak saya nak jual seketul tu. Jadi saya rasa jalan ini paling baik. Sesapa yg nak makan tu, boleh la buat sendiri. Senang jer buatnya. Cuma kena rajin sikit jer and spend masa sikit jer nak uli sana uli sini. hehe..


 
ini ikan yg saya guna. Ikan selayang @ sardine. tapi kali ini kecik sikit ikannya. jenuhlah saya nak bersihkan satu persatu dan ambil isinya.
Jadi kawan-kawan, mula2 bersihkan ikan dan amik isinya. Tulang tak mau tau.. ;p



inilah hasilnya ikan yang dambil isinya. daripada ikan yg banyak td, ini jer yang dapek.. hehe..

 

kemudian, belnd isi ikan tadi. jangan campur air, ok.  isi dia aje.

 

then campur dengan tepung ubi kayu and garam sket. uli dan uli dan uli dan uli sampai penat.. hehe.. bukan smpai penat, smpai adunan cantik untuk dibentuk2..

 
ini rupa tepung itu. kalau keropok lekor terengganu, guna tepung sagu. tapi sini tak jumpa tepung sagu. so guna aje tepung ini.

 
ini rupa yg dah siap diuli.. tak tahu berapa lama ambil masa. tapi lamalah juga.

 
bentukkan suka hati lah macam mana pun. macam ini pun ok.

 
ni rupa dan siap rebus.

 
masukkan dalam air rebusan. bila dah masak ia akan timbul.

 
potong la kopok ikut suka anda.

 
goreng dan siap untuk di makan.
oh bahan untuk sos:
cili
gula melaka
cuka
garam sket

Maaf, gambar kecil sebab copy dari facebook saya. 

Ini link penuh:
https://www.facebook.com/notes/suriyani-faliq-adeeba/keropok-lekor-melb/130324048865